Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Wednesday 21 September 2011

Jamuan Raya di Jabatan/Bahagian lamaku ... Nostalgik

Aku dilantik menjadi Pengerusi Majlis (Emcee) untuk majlis Jamuan Hari Raya & Perpisahan IBMS. Dah lebih setahun aku berhijrah keluar dari Bahagian/Jabatan ini tetapi akhirnya dijadikan MC jemputan ... terasa macam Afdlin Sauqie pulak jadi pengacara jemputan (penulis sedang perasan ... layan aje lah)

Penulis posing dengan WebCam sendiri sebelum majlis bermula.
Dalam majlis ini ada kelainan dengan majlis2 sebelum ini kerana ada sekali majlis perpisahan untuk rakan yang berhenti, pengantin baru serta ibu/bapa baru. Tetapi diselit juga 12 cabutan bertuah serta Anugerah Busana Paling Vouge untuk Lelaki & Wanita.

Memandangkan tahun ini baju melayu rayaku hanya setakat baju, jadi ku pakai baju raya 2 tahun lepas, rona Coklat dikenakan dengan samping yang ku beli di Kuching, Sarawak, butang baju pinjam & songkok tinggi yang dibeli last day puasa.

Acara bermula tepat jam 12:15 tgh 19 SEP 2011
Kata-kata aluan daripada penaja juga diselit


Cik Hanidar (resigned), Hj Hassan (perasmi)
& penulis (menghayati ucapan)

Pemenang Anugerah Busana Paling
Vogue Lelaki
; En. Kamal Mustaffa


Antara Main Course; Satay from Satay Station Ampang,
ada juga Nasi Arab Kabsah Ayam dari Restoran Saba', Cyberjaya

Mini Ice Crusher diguna untuk membuat CENDOL
Very Inviting CENDOL





AJK Majlis; Dina, Nisa, Farah, Azrah & Shida

Wednesday 14 September 2011

UPSR 2011 ... Hassan pulak ...

Hari ini hari kedua Muhammad Salahuddin bin Hamzah a.k.a Hassan menduduki peperiksaan UPSR ... esok hari terakhir ...
Aku ambil cuti 3 hari, Mamanya ambil cuti separuh hari 2 hari & esok full-day ...
Harapanku & isteri, moga Hassan juga bakal menempa sejarah manis seperti abangnya Muhammad Hisyamuddin ... selang seminggu, 26-29 Sep 2011 Hassan bakal menduduki peperiksaan PSRA sekolah agamanya pula. Kami juga mengharapkan yang terbaik untuk Hassan.

Petang tadi aku singgah ke TMPoint Port Klang untuk hantar permohonan perkhidmatan Unifi VIP5 ... dapat staff rate bulanan RM119 daripada RM149. Ambil pakej Devide Bundle sekali dengan SAMSUNG Galaxy Tab dengan harga RM799 ... (tapi stok habis pulak, kena Queue) ...

Streamyx kat rumah nak pindah ke rumah Mertua ... tapi rasanya downgrade ke 512kb/s je lah ... mana larat nak bayar banyak2 siap dengan ASTRO lagi ...

Thursday 1 September 2011

Salam Idul Fitri, Maaf Zahir Batin

Hari ini dah Raya ke-3... Rasanya masih belum terlambat utk ku ucapkan Selamat Idul Fitri, maaf zahir dan batin pd semua kenalan & sanak saudara ... Tahun ni seperti raya2 sebelum ni, kami balik raya di rumah mak di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.

Ini foto masa Hari Raya pertama, lepas pulang dari Solat Idul Fitri.
Tema tahun ini, MERAH ...

Hisyam, Asyiqin, penulis & Salahuddin a.k.a Hassan ... The Red Family ...

Gaya terpaksa ... Hassan, Asyiqin & Hisyam

Bakal Ustazah ... Nurul Asyiqin
Bakal Doktor Veterinar ... Dr. M. Salahuddin

Bakal Jurutera ... Ir M. Hisyamuddin


Semalam (Hari Raya kedua), pulang beraya ke Mersing di Kg. Air Merah. Try lalu Lebuhraya Senai-Desaru. Tol RM9. Jauh extra, keluar di Penawar masuk tuju ke persimpangan Desaru-Kota Tinggi-Mersing.

Biasalah, Drebar muka serius time memandu ... kontrol macho ...
Mamarazi kami ... My beloved Wife ... Ms. Rohaidah