Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Tuesday 27 March 2012

2nd Day Ride to Work

Hari kedua, laluan pergi kerja masih sama sebab rasanya ini yang paling efisyen & cepat.
Laluan pulang bula diubah. ikut laluan pergi kerja. Lalu ikut NPE, keluar susur Lebuhraya Persekutuan di Sg, Way masuk LKSA di Shah Alam dan akhirnya masuk Kesas hingga Bandar Botanik.
Rasanya lepas ini nak cuba jalan balik lepas keluar NPE terus lalu Federal highway sampai Klang.

Monday 26 March 2012

First Day Ride to Work

Gabra juga hari pertama bawa motor ke tempat kerja.
Perjalan bermula dari rumah, hantar Asyiqin ke sekolah, singgah ke rumah mertua untuk ambil Intan kerana setiap hari kami akan tinggalkan Ferrari mini di sana. Bertolak ke pejabat melalui KESAS (ikut laluan motor yang berliku-liku). Bila sampai di susur keluar Jalan Kewajipan, Subang Jaya, terus melalui NPE. Terkial-kial juga cuba mencelah-celah. Takut terlanggar cermin sisi kereta semasa menyelit2 elak jalan sesak. Terus lalui Jalan Bangsar/Travers hingga bulanatn KTM berhampiran Masjid Negara, lalui parking Dayabumi dan masuk semula jalan menuju Menara Maybank.
Setelah menghantar Intan, barulah bermotor ke pejabat projek di TM Brickfields. Nak parking pun terkial2 sebab parking agak sempit. Lepas sarapan pagi, baru bergerak ke pejabat baru di TM Annexe 2. Alhamdulillah masuk parking terus dapat tempat parking sebelah lif.
Sebelah petang, ambil Intan. Parking di Mydin Sinar Kota. Bayar RM1. Tempat biasa hari2 parking masa berkereta kalau menunggu Intan habis kerja. Bisa parking selepas jam 5 petang RM3. Bayangkan jimatnya. Parking TM Annexe 2 tadi dah jimat RM7. Ini jimat lagi RM2. Kalau minyak kereta angki penuh sekitar RM90 boleh tahan 3 hari, dengan motor, tangki penuh baru RM20 pun boleh tahan 3 hari. Alhamdulillah. Mudah2an lepas ini bila dah selesa, mungkin boleh jimat masa pula. Tol pun sure dah jimat (Kesas RM2.20 x 3 (pergi) + MEX RM1.50 (pergi) + Kesas RM2.20 x 3 (balik)). 4 objektif yang cuba ku capai iaitu jimat duit minyak, jimat tol, jimat parking dan jimat masa).
Bila ride balik, lalu PLUS KL-Seremban, masuk Kesas ikut Bukit Jalil & lalu sehingga Klang. Terasa jauh. Esok plan lalu balik laluan lain pula.

Sunday 25 March 2012

Test Ride SYM VTS200 SE

Hari ini first day test ride (bukan test drive) ... Pagi-pagi dalam jam 8:30 pergi ambil Hassan bawa keluar asrama untuk outing menghadiri majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Sek. Keb. Bukit Tinggi (SKBT), Klang serta AGM Persatuan Penduduk Bandar Bukit Tinggi (PPBBT), Klang.
Tersenyum dia nampak motor baruku. Kami tiba di AGM SKBT sekitar jam 9 pagi dimana majlis telah bermula. Hassan bersiap sedia untuk menerima hadiah penghargaan palajar2 UPSR 2011 yang mendapat 5A & 4A.

Selesai majlis, sekitar jam 10:15 pagi, kami bergegas pula ke Hotel Premier untuk menghadiri AGM PPBBT yg juga mengadakan majlis penghargaan pelajar cemerlang.
Sebelum beredar, aku menyerahkan surat mohon pemberitahuan untuk keluar sebentar menghadiri AGM PPBBT dan menyatakan sokongan atas sebarang usul dan perlantikan AJK baru PIBG 2012/13. Aku juga nyatakan bahawa jika aku dicalonkan jawatan YDP ataupun NYDP, aku menolak kerana aku tidak layak. Rupa2nya, semasa aku dan Hassan menanti majlis penghargaan di Hotel Premier, keadaan suasana AGM SKBT agak heboh kerana mereka sepakat mencalonkan namaku sebagai YDP. Ada individu yang menentang atas alasan kerana aku tiada masa pencalonan tetapi mereka mempergunakan surat izin ku sebagai surat proksi dan akhirnya aku menewaskan YDP lama, En Sabri bin Hamzah yang telah 2 tahun berturut-turut menyandang jawatan YDP berkenaan.
Aku rasa tidak percaya kerana aku rasa diriku tidak layak. Selesai majlis menerima hadiah & sijil di AGM PPBBT, dalam hujan itu juga aku dan Hassan kembali ke AGM SKBT dan disambut meriah.
Secara rasminya aku kini Yang DiPertua (YDP) PIBG SKBT, Klang sesi 2012/13. Oleh kerana hampir 40 usul yang perlu dibentangkan, majlis AGM SKBT selesai jam 2:20 ptg. Kami berempat terus ke Restoran Ikan Bakar Pulau Ketam untuk lunch walaupun agak lewat. Petang itu juga perlu menghantar Hassan kembali ke Asrama sebelum jam 6 ptg.

Saturday 24 March 2012

Hari Gembira :: 24 Mac 2012

Alhamdulillah, hari ini ada 2 tugasan.
Yang pertama, bawa Ferrari miniku (Perodua Kenari) ke kedai papan untuk tukar sport rim baru dan kedua, pergi ambil motorsikal baruku.
Sampai di kedai sekitar jam 9, selepas survey, pemilihan & rundingan harga dilakukan setelah pekedai bersetuju membeli sport rim lama yg telah berusia 7 tahun dengan harga RM250. Sport rim baru diletak pada harga RM750 tetapi harga ditawarkan sekitar RM580 shj dan setelah ditolak harga sport rim lama, kami hanya perlu membayar RM330 tidak termasuk alatan lain spt wheel nuts asal yang agak panjang perlu ditukar serta spacer juga perlu ditukar kepada yang lebih besar. Jumlah besar dalam RM400.









Selesai sahaja urusan kereta, kami terus ke Kedai Motor Wah di Jalan Sireh, Klang untuk mengambil motorsikal baruku. Si Siput Gondang Putih tertera nombor plet BLQ 2546. 


Selesai bayar duit baki RM6200, berurusan pula dengan seksyen aksesori. Helmet X-DOT putih hitam corak siput ditawar harga RM120, helmet free warna hitam untuk isteri diminta tukar  X-DOT warna merah, helmet untuk Nurul Asyiqin warna pink harga RM30, jaket Dainese ditawar harga RM200. Campur kos penggera (alarm) harga RM250. Aksesori berjumlah RM600.








Kedai memberi hadiah percuma 5 barang antaranya U-lock, T-shirt, kain lap, helmet (isteri) dan baju hujan tetapi baju hujan diganti dengan jaket hujan tanpa seluar bersaiz besar. Setelah sedikit penerangan serta persetujuan, motorku diletakkan dihadapan kedai untuk ku bawa pulang. Mula-mula tu nak jalan, pulas throttle sikit je tapi motor tak jalan, so gabra jugak. Nak tanya segan. Untuk cover line, buat-buat periksa lampu, brek, balance. Dah dekat 10 minit, gamble je pulas throttle lebih sikit, eh ... jalan pulak. Rupa2nya nk kena pulas banyak. Huhuhu ...






Asyiqin merungut nak ikut naik motor tapi memandangkan first time dan nak membiasakan diri, dengan masam muka dia naik kereta dengan Mamanya. Terus bawak pergi rumah mertua untuk renjis2 air, doa2 sikit mudah2an selamat serta 'pendinding'.
 







Friday 23 March 2012

SYM VTS200 SE kini milikku ...

Alhamdulillah, setelah ALLAH membuka pintu hati isteriku, akhirnya dia memberi persetujuan untukku membeli skuter SYM VTS 200 SE (hanya warna putih mutiara) lebih awal. Asalnya dia cadangkan agar aku membelinya sekitar hujung bulan Jun atau Julai tatkala masa itu dijangka nombor plet WWW dikeluarkan juga setelah aku pulang dari menghadiri konvensyen/kursus di luar negara.
Keesokan harinya, aku terus menghubungi KOTAMAS (Koperasi Telekom) bertanyakan prosidur dan untuk mendapatkan borang setelah mendapat nasihat dari rakan sepejabat. Borang terus ku isi, pilihan Kredit dengan cagaran 80% simpanan dapat RM12800 dengan 4% faedah selama 48 bulan. Bulanan sekitar RM310.
Minggu cuti persekolahan awal tahun semasa balik ke Johor Bahru, pinjaman diluluskan & bon dikeluarkan. Masuk sahaja kerja Isninnya, aku terus mencetak bon dan hari itu juga pergi mengambil cek di KOTAMAS. selepas potongan, dapat sekitar RM12501.91 terus float dalam akaun Maybank.
Dalam masa menunggu cek clear, aku membuat survey kedai-kedai motor pengedar SYM berdaftar bertanyakan harga, stok dan pembayaran deposit. Akhirnya rezeki Alhamdulillah ada sebuah kedai motor di bandar Klang (WAH MOTOR) yang terletak di Jalan Sireh yang memang ada sebuah masih belum berpunya. Setelah membuat sedikit selidikan dan mendapatkan makluman harga, aku nekad untuk membeli di kedai ini.
Hari Rabu 21-3-12, bila cek sudah clear, terus pulang ke Klang dengan berbekal RM4500 sebagai deposit.
Tauke Lee menyenaraikan sebut-harga antaranya harga motor RM10200, Insuran First Party RM445 dan pendaftaran+cukai jalan RM80. Dibulatkan kepada RM10700 OTR. Aku terus membayar deposit RM4500 dengan memintanya memasang sistem penggera (alarm) berharga RM250 selepas diskaun. Dijanjikan motor boleh diambil petang Jumaat minggu itu juga selepas jam 4 petang. Kedai-kedai lain paling cepat pun seminggu dan ada yang 2 minggu baru boleh dapat.
Aku juga ambil kesempatan membeli beberapa lagi barang. Diberi percuma sebiji topi keselamatan (pilih warna hitam kerana isteriku telah berpesan untuknya) yang berharga sekitar RM75, baju hujan, t-shirt, kunci tayar serta kain lap. Aku menambah sebiji helmet jenama X-DOT berharga RM120 selepas diskaun untuk diriku dan setelah mencuba beberapa helai jaket, yang muat hanya jenama Dainese dengan harga RM250 selepas diskaun.
Petang ini berdebar-debar menanti panggilan talifon dari kedai berkenaan sekitar jam 4 petang untuk memaklumkan nombor plet yang bakal dipasang. Target buat masa ini WWM #### dan bila tender nombor plet WWW dibukan antara 31 April hingga 14 Mei kelak, aku bakal menempah nombor plet WWW 1412. Dan bulan Jun/Julai kelak, apabila nombor plet WWW ditawarkan, kami akan membelikan bapa mertuaku motorsikal Honda EX5 warna putih sebagai hadiah menggantikan motorsikalnya yang digunakan sejak tahun 2008. Dan pada masa itu, aku akan membuat permohonan di JPJ untuk pemindahan nombor pendaftaran. WWW 1412 akan didaftarkan pada 'siput gondang' putih ku ... itulah gelaran kumpulan SYM.
Alhamdulillah ... akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami. Inyaallah, pagi Sabtu aku dan isteri serta Nurul Asyiqin akan ke kedai motor untuk membawa siput gondang putihku pulang. Anak-anakku pasti amat gembira.


Baru je call kedai motor ... diorang tersilap daftar under Selangor lah pulak ... dapat BLQ 2546 ... takpelah ... sementara aje pun ... bulan Jun tukar pulak ...