Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Monday 30 January 2012

Survey Skuter

Memandangkan aku bakal berpindah pejabat ke Ibu Pejabat yang memang terkenal dengan petak pakir yang amat terhad dan mahal, aku tekad untuk memiliki sebuah motosikal untuk ku tunggang ke pejabat. Nasihat rakan-rakan, untuk memiliki Skuter buatan Taiwan berjenama SYM (singkatan untuk Symphony). Setakat ini ramai rakan sepejabat memiliki SYM 200 tetapi hatiku terpaut sangat dengan versi lebih hebat iaitu SYM EVO 250i. Hanga SYM 200 Special Edition (putih) sekitar RM10k manakala SYM EVO 250i  Special  Edition (putih) pula sekitar RM20k. Rasanya masa masih banyak untuk membuat keputusan kerana aku ingin memilikinya dengan Nombor Pendaftaran WWW 1412. sehingga kini baru WWH.
Hasrat hati ingin buat pinjaman penuh melalui KOTAMAS (Koperasi TM) dengan kadar faedah 6% untuk maksima 48 bulan kalau pinjaman lebih RM12k tetapi kalau bawah RM12k boleh dapat 4% sahaja untuk tempoh yang sama. Isteriku memujuk agar cukup sekadar SYM 200 memandangkan SYM 250 berganda hutangnya nanti. jadi buat masa ini aku masih menimbangkan masak-masak serta membuat kajian terperinci perbandingan spesifikasi kedua-duanya.

SYM VTS 200:



SYM EVO 250i:

Perbandingan Spesifikasi antara SYM VTS 200 dengan SYM EVO 250i:
1. Kedua-duanya 4 stroke, 4 valves dengan Electroplated ceramic Cylinders
2. SYM 250 (240.9cc Max HP 23ps/8000rpm) manakala SYM 200 hanya 172.2cc
3. SYM 250 menggunakan EFI manakala SYM 200 menggunakan Carburetor
4. Brek Belakang SYM 250 lebih besar 20mm berbanding SYM 200 yang hanya 200mm
5. Tayar Belakang SYM 250 sama besar dengan hadapan iaitu 13 inci. SYM 200 datang dengan saiz tayar belakang hanya 12 inci.
6. Muatan kapasiti minyak SYM 250 adalah 12 liter manakala SYM 200 hanya 8.5 liter sahaja
7. Compression ratio SYM 250 adalah 10.5:1 manakala SYM 200 hanya 10.0:1
Mungkin ada antara spesifikasi ini yang kurang penting tetapi ia hanya sebagai perbandingan rujukan.
Persoalan yang timbul kini adalah 'Kenapa perbezaan harga amat ketara sehingga sekali ganda sedangkan perbezaan nyata hanya pada kapasiti enjin serta sedikit 'face-lift' atau hanya sebagai strategi agar Modenas 200 boleh dijual hampir RM9k?'

Anakku masuk Asrama ... Hisyam pula

Alhamdulillah ... hari ini akhirnya Hisyam berjaya diterima memasuki asrama di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sg. Bertik, Klang (SAMSHSB). Selesai sahaja sesi perdaftaran & pembayaran RM790 utk kos makan/minum (sama seperti Hassan), Hisyam dimasukkan ke Bilik A.B. 2
Mudah-mudahan dia cekal, selamat, sejahtera, gembira & lebih berdisiplin, berdikari & bertambah cemerlang. Hanya perlu memasang ensel untuk kunci mangga. Nasib baik dah bersiap sedia siap dengan pemutar skru automatik dan beberapa set (untuk pilihan) ensel. Hanya sementara menanti masa tamat sesi sekolah jam 3 petang, aku dan isteri bergegas membeli sandal ala CROC serta cadar warna PINK. Mujur ada terjual di Pasaraya Giant.
Kini di rumah, hanya tinggal kami bertiga. Nurul sudah mulai merindui abang-abangnya walaupun dia hanya nyatakan rindu pada Hassan tetapi sebenarnya pada Hisyam juga dia rindu.

Tuesday 3 January 2012

Anakku masuk Asrama ... Hassan

Dengan keputusan UPSR 4A1B serta PSRA hanya Jayyid, ALHAMDULILLAH Hassan ditawarkan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang atau lebih dikenali STAR Klang.
Dapat surat tawaran terus memasuki asrama. Hassan amat gembira tapi aku yang risau kerana dia anak pertama berjaya memasuki asrama. Hisyam pun cemburu.
Hassan dikelaskan dalam Kelas Aliran Agama (KAA) iaitu 1 Yakin.
Petang tadi setelah semua keperluan sekolah & asrama siap, kami menghantar Hassan memasuki asrama STAR Klang. Dia dapat dorm ALI. Sesuai sangat mudah hendak ingat kerana nama Atoknya.
Mudah-mudahan dia cekal, mudah menyesuaikan diri & boleh berdikari agar lebih matang & berjaya... Aminnn...
Asyiqin malam tadi siap-siap mengenakan baju melayu Hassan yang telah kecil mungkin kerana rindu. Kesian... Hassan amat 'eager' dapat menginap di asrama. So, selepas membaiki almari (locker) dengan memasang engsel mangga kunci, kami berangkat pulang sekitar jam 5:45 petang.
Semua perasaan ada selain penat, dahaga & lapar. Risau, bimbang, sunyi, keliru & masih tidak percaya tetapi memandangkan itu pilihan dia, kami redho.