Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Monday 30 January 2012

Survey Skuter

Memandangkan aku bakal berpindah pejabat ke Ibu Pejabat yang memang terkenal dengan petak pakir yang amat terhad dan mahal, aku tekad untuk memiliki sebuah motosikal untuk ku tunggang ke pejabat. Nasihat rakan-rakan, untuk memiliki Skuter buatan Taiwan berjenama SYM (singkatan untuk Symphony). Setakat ini ramai rakan sepejabat memiliki SYM 200 tetapi hatiku terpaut sangat dengan versi lebih hebat iaitu SYM EVO 250i. Hanga SYM 200 Special Edition (putih) sekitar RM10k manakala SYM EVO 250i  Special  Edition (putih) pula sekitar RM20k. Rasanya masa masih banyak untuk membuat keputusan kerana aku ingin memilikinya dengan Nombor Pendaftaran WWW 1412. sehingga kini baru WWH.
Hasrat hati ingin buat pinjaman penuh melalui KOTAMAS (Koperasi TM) dengan kadar faedah 6% untuk maksima 48 bulan kalau pinjaman lebih RM12k tetapi kalau bawah RM12k boleh dapat 4% sahaja untuk tempoh yang sama. Isteriku memujuk agar cukup sekadar SYM 200 memandangkan SYM 250 berganda hutangnya nanti. jadi buat masa ini aku masih menimbangkan masak-masak serta membuat kajian terperinci perbandingan spesifikasi kedua-duanya.

SYM VTS 200:



SYM EVO 250i:

Perbandingan Spesifikasi antara SYM VTS 200 dengan SYM EVO 250i:
1. Kedua-duanya 4 stroke, 4 valves dengan Electroplated ceramic Cylinders
2. SYM 250 (240.9cc Max HP 23ps/8000rpm) manakala SYM 200 hanya 172.2cc
3. SYM 250 menggunakan EFI manakala SYM 200 menggunakan Carburetor
4. Brek Belakang SYM 250 lebih besar 20mm berbanding SYM 200 yang hanya 200mm
5. Tayar Belakang SYM 250 sama besar dengan hadapan iaitu 13 inci. SYM 200 datang dengan saiz tayar belakang hanya 12 inci.
6. Muatan kapasiti minyak SYM 250 adalah 12 liter manakala SYM 200 hanya 8.5 liter sahaja
7. Compression ratio SYM 250 adalah 10.5:1 manakala SYM 200 hanya 10.0:1
Mungkin ada antara spesifikasi ini yang kurang penting tetapi ia hanya sebagai perbandingan rujukan.
Persoalan yang timbul kini adalah 'Kenapa perbezaan harga amat ketara sehingga sekali ganda sedangkan perbezaan nyata hanya pada kapasiti enjin serta sedikit 'face-lift' atau hanya sebagai strategi agar Modenas 200 boleh dijual hampir RM9k?'