Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Monday 6 February 2012

Evolusi Telefon Bimbit (Hanfon)

Bercerita mengenai Telefon Bimbit (Hanfon) dari yang pertamaku milikki sehingga terkini, banyak liku-liku pahit manis ingin diimbau dan dikongsi ...


Hanfon pertamaku berjenama Motorola (jenis Flip) dengan talian 016 Mutiara Telecom (kini DiGi). Lupa dah modelnya. Tapi ada penutup (cover) pada papan kekunci (keypad) dengan antena plastik. Bateri terbonjol.

Masa itu sudah dikira canggih walaupun liputan (coverage) amat terhad untuk kawasan bandar sahaja.
Kemudian aku memiliki pula set jenama NEC untuk perkhidmatan ATUR450.


Kemudian evolusi hanfon tanpa antena muncul dengan Nokia 3210 dan aku melanggan talian TMTouch 013.

Aku pun turut sama membelinya.

Walaupun masa itu sudah keluar versi yang lebih baik Nokia 3 Series yang dipasarkan dengan paparan skrin berwarna, ku masih setia.
Ku beli hanfon terpakai Nokia 3310 bila keadaan mendesak hanfon rosak dengan harga RM50 saja.










Nokia 8250 (Nokia Blue Butterfly-keypad LED biru) aku belikan buat isteri tersayang nun di O'Connors, ditepi Lebuhraya Persekutuan, PJ. Masa itu kami masih hanya memiliki motosikal Honda EX5. Maklumlah, masih dalam fasa bulan madu kerana belum ada rezeki menimang cahaya mata.

Harga hanfon hampir RM1000 pada masa itu dikira agak mahal.






Pernah juga mencuba jenama Siemen tetapi tidak lama kerana tidak memuaskan. Aku juga mencuba jenama Samsung SGH A800 (versi terawal dengan nada dering polifonik) tetapi juga tidak lama kerana bila habis waranti telefon tiba-tiba rosak. Oleh kerana itu, kami biasa setia dengan jenama Nokia.

Hanfon ini jenis flip, kamera boleh laras, ada 2 paparan.








Kemudian bila ada rezeki lebih sedikit, dia naik taraf kepada Nokia 3230 pula dan aku pula guna Nokia 8250 yang lamanya buat sementara waktu.

Hanfon Nokia 8250 antara yang baik dalam era awal skrin hanfon berwarna. Cuma 'thumb-stick' yang diperkenalkan ada baik dan buruknya.



Aku kemudian membeli Nokia 6600 (digelar Nokia Sabun kerana bentuknya).





Manakala isteriku memilih Sony Ericsson K800.


Aku juga tidak mahu kalah, lalu bertukar kepada  Nokia 5700 Xpress Music (XM).

Lama juga guna hanfon ini kerana kamera 2M pixelnya bagus ketika membuat 3G video call. Walaupun hanya satu kamera tetapi imej berkualiti semasa sidang video. Kebanyakan hanfon lain hanya menyedikan kamera VGA untuk kamera kedua. Ia juga hanfon berasas muzik dengan  Stereo Speaker ala Walkman mencabar model-model jenama Sony Ericsson Series W.





Isteriku naik taraf ke Sony Ericsson C905 pula. Model ini digunakan oleh James Bond dalam filem pada masa itu. Ia datang dengan 5M pixel, antara yang besar masa itu. Kebanyakan jenama masa itu dipasarkan dengan 2M atau 3.2M pixel.








Tidak mahu tewas, aku menaik taraf ke Nokia 5800 Xpress Music (skrin sentuh) dan aku mula menggunakan talian X-PAX Prepaid Celcom 019.







Kemudian isteriku mencuba Nokia E72 special edition warna putih. Tetapi tidak sampai setahun digunakan, ia terjatuh dalam air dan tidak dapat dibaiki serta waranti tidak sokong.

Isteriku dengan sedih menggunakan semula Sony Ericsson K800 kerana C905 juga rosak dan dihantar untuk dibaiki.

Akhirnya bila IPhone dan Samsung berentap dipasaran, ku belikan isteriku Samsung Galaxy SL (LCD) di Courts Mammoth dengan harga RM1150 tunai kerana versi Galaxy S (AMOLED) lebih mahal.

Sementara itu aku masih setia dengan Nokia 5800 XM sementara menanti Samsung Galaxy S2 memasuki pasaran Malaysia.





Akhirnya, pada minggu kedua selepas Samsung Galaxy S2 dilancarkan di Malaysia, aku membelinya dengan harga RM2099.







Kini, kami sekeluarga pelanggan setia jenama Samsung. Isteriku juga kini menggunakan Samsung Galaxy S2 (isteriku pilih warna putih). Ku belikan sekali dengan hanfon Hassan. Harga terkini RM1899 sahaja.








Samsung Galaxy SL diberi pada Hisyam (sebagai ganti Nokia X2 hadiah UPSR 2010 yang lalu). Kalau tidak silap harga sekitar RM499 sahaja.









Hassan kami belikan Samsung Galaxy Wonder sebagai hadiah UPSR 2011. Dengan harga RM999, ia ternyata lebih bagus daripada Samsung Galaxy Ace yang hanya berharga RM799 sahaja atau Samsung Galaxy Young yang hanya RM499.





Nurul Asyiqin pun sibuk hendakkan hanfon tetapi kena tunggu result UPSR 2016. Pada masa itu pastinya hanfon lebih canggih lagi. Selepas ini entah jenama/model apa pula bakal kami cuba. Tetapi rasanya mungkin kekal dengan Samsung.