Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Friday 23 March 2012

SYM VTS200 SE kini milikku ...

Alhamdulillah, setelah ALLAH membuka pintu hati isteriku, akhirnya dia memberi persetujuan untukku membeli skuter SYM VTS 200 SE (hanya warna putih mutiara) lebih awal. Asalnya dia cadangkan agar aku membelinya sekitar hujung bulan Jun atau Julai tatkala masa itu dijangka nombor plet WWW dikeluarkan juga setelah aku pulang dari menghadiri konvensyen/kursus di luar negara.
Keesokan harinya, aku terus menghubungi KOTAMAS (Koperasi Telekom) bertanyakan prosidur dan untuk mendapatkan borang setelah mendapat nasihat dari rakan sepejabat. Borang terus ku isi, pilihan Kredit dengan cagaran 80% simpanan dapat RM12800 dengan 4% faedah selama 48 bulan. Bulanan sekitar RM310.
Minggu cuti persekolahan awal tahun semasa balik ke Johor Bahru, pinjaman diluluskan & bon dikeluarkan. Masuk sahaja kerja Isninnya, aku terus mencetak bon dan hari itu juga pergi mengambil cek di KOTAMAS. selepas potongan, dapat sekitar RM12501.91 terus float dalam akaun Maybank.
Dalam masa menunggu cek clear, aku membuat survey kedai-kedai motor pengedar SYM berdaftar bertanyakan harga, stok dan pembayaran deposit. Akhirnya rezeki Alhamdulillah ada sebuah kedai motor di bandar Klang (WAH MOTOR) yang terletak di Jalan Sireh yang memang ada sebuah masih belum berpunya. Setelah membuat sedikit selidikan dan mendapatkan makluman harga, aku nekad untuk membeli di kedai ini.
Hari Rabu 21-3-12, bila cek sudah clear, terus pulang ke Klang dengan berbekal RM4500 sebagai deposit.
Tauke Lee menyenaraikan sebut-harga antaranya harga motor RM10200, Insuran First Party RM445 dan pendaftaran+cukai jalan RM80. Dibulatkan kepada RM10700 OTR. Aku terus membayar deposit RM4500 dengan memintanya memasang sistem penggera (alarm) berharga RM250 selepas diskaun. Dijanjikan motor boleh diambil petang Jumaat minggu itu juga selepas jam 4 petang. Kedai-kedai lain paling cepat pun seminggu dan ada yang 2 minggu baru boleh dapat.
Aku juga ambil kesempatan membeli beberapa lagi barang. Diberi percuma sebiji topi keselamatan (pilih warna hitam kerana isteriku telah berpesan untuknya) yang berharga sekitar RM75, baju hujan, t-shirt, kunci tayar serta kain lap. Aku menambah sebiji helmet jenama X-DOT berharga RM120 selepas diskaun untuk diriku dan setelah mencuba beberapa helai jaket, yang muat hanya jenama Dainese dengan harga RM250 selepas diskaun.
Petang ini berdebar-debar menanti panggilan talifon dari kedai berkenaan sekitar jam 4 petang untuk memaklumkan nombor plet yang bakal dipasang. Target buat masa ini WWM #### dan bila tender nombor plet WWW dibukan antara 31 April hingga 14 Mei kelak, aku bakal menempah nombor plet WWW 1412. Dan bulan Jun/Julai kelak, apabila nombor plet WWW ditawarkan, kami akan membelikan bapa mertuaku motorsikal Honda EX5 warna putih sebagai hadiah menggantikan motorsikalnya yang digunakan sejak tahun 2008. Dan pada masa itu, aku akan membuat permohonan di JPJ untuk pemindahan nombor pendaftaran. WWW 1412 akan didaftarkan pada 'siput gondang' putih ku ... itulah gelaran kumpulan SYM.
Alhamdulillah ... akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami. Inyaallah, pagi Sabtu aku dan isteri serta Nurul Asyiqin akan ke kedai motor untuk membawa siput gondang putihku pulang. Anak-anakku pasti amat gembira.


Baru je call kedai motor ... diorang tersilap daftar under Selangor lah pulak ... dapat BLQ 2546 ... takpelah ... sementara aje pun ... bulan Jun tukar pulak ...