Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.
Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Sunday, 27 November 2011

UPSR Hassan 2011 & PSRA

16-11-2011 yang lalu result PSRA Hassan keluar. Sedih gak, Hassan hanya dpt Jayyid. Tapi Alhamdulillah, kami tetap bersyukur sebab dia dah buat yang terbaik.

17-11-2011 yang lalu result UPSR Hassan pula keluar. Hassan mendapat 4A 1B, B.Inggeris yang dapat B. Alhamdulillah, Kira bagus jugak sebab kalau lihat pada prestasi ujian bulanan mahupun ujian penggal, lagi teruk. Kami tak bandingkan dia dengan abangnya sebab walaupun adik beradik, tapi masing2 ada kelebihan/kekurangan.

So, birthday dia 14 Okt lepas pun tak beli hadiah lagi, so tadi singgah Popular Bookstore belikan buku yang dia minat baca 3 naskah plus satu majalah dpt free model kereta-kebal. Masa dia ikut pergi outstation di Terengganu 19-22 Nov lepas dah belikan 2 buku.

So utk hadiah UPSR, rasanya Samsung Galaxy W (Wonder) pun dah kira ok sebab kalau 5A dia minta iPhone4.

Minggu depan ada meeting kat J.B. so budak2 ni ni ikut sekali lepak rumah mak kat Skudai.

Friday, 4 November 2011

Satu Lagi Dugaan Buat Kami ... November 2011

Baru sahaja April 2011 yang lalu isteriku mengalami keguguran dan 2 bulan lalu kami gembira kerana bakal dikurniakan zuriat lagi tetapi semalam (03-NOV-2011) semasa menjalani pemeriksaan kehamilan di Klinik Keluarga Rohani, Sek. 17, Shah Alam, doktor mengesyaki isteriku didiagnos dengan Kehamilan Molar
(Molar pregnancy: http://www.webmd.com/baby/tc/molar-pregnancy-topic-overview)

Isteriku dirujuk ke pakar. So, kami terus ke Hospital Razif Norana, Klang. Datuk Dr Razif mengesahkan ianya sememangnya Molar Pregnancy. Prosidurnya adalah hari ini isteriku selamat menjalani operasi membuang ketumbuhan & pengecutkan rahim dan minggu depan perlu jalani sekali lagi operasi untuk mengikis sebarang sel-sel Molar agar tiada tertinggal kerana ia boleh tumbuh kembali. Selepas itu setiap 2 minggu melalui ujian darah doktor akan monitor. Jika okay, blood test akan dilakukan setiap bulan, jika okay, setiap 3 bulan, akhirnya 6 bulan. Overall setahun perlu diselia & perlu avoid dari mengandung dalam jangka-masa setahun.

Apa pun, kami memang sudah nekad bahawa ini adalah cubaan terakhir kami. Dan ternyata memang tiada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi memandangkan usia kami pun semakin meningkat dan semakin berisiko. Alhamdulillah dengan kurniaan 2 anak lelaki & yang bongsu perempuan. Ternyata Nurul Asyiqin sememangnya menjadi buah hati Emak di Johor Bahru kerana dia satu-satunya cucu perempuan dia. Juga dengan Ibu/Bapa Mertuaku disini kerana dia cucu perempuan yang paling rapat dengan mereka.

Semoga ALLAH memberkati kami sekeluarga & menjadikan anak-anak kami Soleh & Solehah yang Taat.

Semoga ALLAH memberi kesihatan kepada kami sekeluarga & ibu-bapa kami. Kami juga sedang ternanti-nanti keputusan UPSR & PSRA anak kedua kami yang bakal diwar-warkan dalam 2 minggu lagi. Mudah-mudahan dia mendapat keputusan yang cemerlang & dapat mengikuti abangnya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sg. Bertih, Klang.

Minggu lalu, aku selesai menghadiri sesi temuduga untuk jawatan Pengurus di Bahagian Strategi tetapi rasanya tiada harapan kerana mungkin bukan rezekiku untuk membantu Syarikat diperingkat Korporat & Strategi. Mungkin ada hikmahnya kerana jika berjaya, berkemungkinan aku bakal pulang lewat hampir setiap hari. Kadang kala dalam kita sibuk mengejar kejayaan, kita lupa tentang keluarga & tanggungjawab keluarga. Mungkin dengan sebab itu ALLAH menyelamatkanku dari terjerumus ke situasi berkenaan. ALHAMDULILLAH ...