Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, 21 September 2011

Jamuan Raya di Jabatan/Bahagian lamaku ... Nostalgik

Aku dilantik menjadi Pengerusi Majlis (Emcee) untuk majlis Jamuan Hari Raya & Perpisahan IBMS. Dah lebih setahun aku berhijrah keluar dari Bahagian/Jabatan ini tetapi akhirnya dijadikan MC jemputan ... terasa macam Afdlin Sauqie pulak jadi pengacara jemputan (penulis sedang perasan ... layan aje lah)

Penulis posing dengan WebCam sendiri sebelum majlis bermula.
Dalam majlis ini ada kelainan dengan majlis2 sebelum ini kerana ada sekali majlis perpisahan untuk rakan yang berhenti, pengantin baru serta ibu/bapa baru. Tetapi diselit juga 12 cabutan bertuah serta Anugerah Busana Paling Vouge untuk Lelaki & Wanita.

Memandangkan tahun ini baju melayu rayaku hanya setakat baju, jadi ku pakai baju raya 2 tahun lepas, rona Coklat dikenakan dengan samping yang ku beli di Kuching, Sarawak, butang baju pinjam & songkok tinggi yang dibeli last day puasa.

Acara bermula tepat jam 12:15 tgh 19 SEP 2011
Kata-kata aluan daripada penaja juga diselit


Cik Hanidar (resigned), Hj Hassan (perasmi)
& penulis (menghayati ucapan)

Pemenang Anugerah Busana Paling
Vogue Lelaki
; En. Kamal Mustaffa


Antara Main Course; Satay from Satay Station Ampang,
ada juga Nasi Arab Kabsah Ayam dari Restoran Saba', Cyberjaya

Mini Ice Crusher diguna untuk membuat CENDOL
Very Inviting CENDOL





AJK Majlis; Dina, Nisa, Farah, Azrah & Shida

Saturday, 9 April 2011

Cuti Ganti, Makan

Hari ini hari persekolahan gantian untuk cuti Deepavali nanti. Sekolah akan beri cuti seminggu Deepavali ini, jadi budak2 kena sekolah gantian 3 hari. 9 April, 23 April & 7 Mei. Hassan kata balik pukul 1 rupa2nya balik 12:30 nasib baik gi kul 12:45 kalau idak naya diorang tunggu lama.


Lepas Zohor, keluar makan. Akhirnya merasa makan kat Las Vacas Meat Shop, Kelana Jaya. Tapi menyesal datang sabtu petang sebab kat area tu sibuk nak buka pasar malam, so parking jauh sikit kat tepi2 rumah orang.


Nokia 5800 XM aku okay lagi tapi gatal2 je survey Samsung Galaxy S. 
Hajat hati IP4, tapi mahal sangat. Daripada aku beli mahal2, baik aku bawak famili gi holiday.
Baca review kat GSMArena (http://www.gsmarena.com) Samsung I9000 Galaxy S vs. Apple iPhone 4

Sunday, 3 April 2011

Hisyam Posing Sakan

Tengahari tadi gi makan di Restoran Limau Nipis, Bangi pastu terus ke Alamanda untuk jumpa anak saudara Ahmad Syahir. Sambil tunggu dia rehat kerja, gi beli buku anak2 kat MPH. Kemudian kami borak2 kat centre court. Bila rasa nak minum/makan, terus jalan ke RASA food court.


On the way ke sana, ada counter Guardian dgn promosi Garnier Men. Mula2 plan nak beli facial cleanser jer. Lepas tu promoter tu promote kata kalau beli RM20 dapat masuk peraduan bakal menang Motor Kawasaki Ninja baru. Lepas pilih, kena promote lagi kalau beli RM30 dapat buat sesi fotografi dengan Motor Cagiva kat situ. Apa lagi, belilah barang sampai RM32. Tapi memandangkan aku masih pakai Air Bag kat perut nih, so suruh ler si Syahir berposing tapi sebab dia malu, Hisyam ler yang jadik mangsa. Ingatkan takat satu foto je rupa2nya dekat 10 snap tapi kena pilih satu jer untuk print. 


Posing sakan anak bujang aku nih ... Lepas touch-up, bayar extra utk Frame & digital, bawah nih hasilnya ... mungkin bakal model?

Saturday, 2 April 2011

Sesi Makan2 N.I.S Rahsia

Jumaat lepas; 01-Apr-2011, akhirnya rakan sepejabat berjaya jalankan majlis makan2 secara senyap2. Kenapa senyap2? Sebab saja tak nak ajak bos2 besar join sekali. Kalau sebelum ini Appreciation Lunch (Jamuan Penghargaan) kat hotel One World tu, kami yang dikerah kederat walaupun majlis tu untuk meraikan kami juga. So, sebab tu kami pakat2 kumpul duit target nak makan kambing panggang sekali buat pot-luck.




Kalau ikut plan asal, patutnya aku pun join tapi sebab ada yang aku kurang setuju, aku terus tak hadir. Alhamdulillah, projek baru yang aku join tu pun ada buat 1st Project Weekly Meeting Jumaat pagi tu jugak, so adalah tempat aku nak release tension.


Walaupun agak terkilan tak dapat jamah Nasi Dagang T'ganu, Kambing Panggang (foto atas tu), kupang rebus Ali Zen, teh tarik Hisham dan lain2 aku hantar jugak mel ucapan tahniah pada semua untuk majlis ini plus tahniah jugak untuk yang bakal dapat durian runtuh sebab bakal dapat extra bonus tak lama lagi.


Untuk yang dapat Average macam aku, Alhamdulillah. Ini rezeki kita. Daripada tak dapat langsung. Yang dapat banyak tu pun rezeki diorang. Mudah2an berkat. Walaupun terkilan staff sendiri tak dapat lebih, tapi apakan daya. Persepsi pihak pengurusan terhadap Unit Latihan memang rendah sampai bila2.

Monday, 28 March 2011

Another Restday - Monday

Malam tadi, ingatkan nak pergi makan di Las Vacas, Kelana Jaya tapi sebab dah lewat tunggu habis basuh baju. At last, pukul 10 malam baru keluar makan di Nasi Briyani King, Taman Sri Andalas.


Pagi ini, keluar awal seperti biasa, hantar Hisyam ke sekolah. Lepas tu terus ke opis lama di Brickfields. Pergi breakfast dengan bos2 & geng2 lama. Pastu pergi Pejabat Pos Besar, Dayabumi renew insuran & road-tax Kenari. Kena RM505 dengan NCD 55% termasuk road-tax RM20. Alhamdulillah boleh renew; tiada masalah saman ekor tanpa sedar.


On the way balik, singgah Klinik Rohani, Shah Alam utk ambil blood test result. Rupa2nya pihak klinik cuba nak hubungi tapi tiada nombor telefon. Sel darah pecah, so tak dapat test. So, ambil ler darah lagi. Tapi patutnya kena puasa. Hentam ajelah. Doktor pun tak clarify/verify. Tunggu Sabtu ni result siap.


Terus balik, singgah beli pam akuarium (malam tadi rosak pulak) RM60 & beli lunch (Mc D). Pukul 14:30 keluat pergi ke TM Point Port Klang untuk tukar nombor CDMA 011. Pukul 4 baru settle. Terus rush ambil Hisyam & singgah dobi hantar baju/seluar kerja. Fuhh ... cuti pun penat giler ... 

Sunday, 27 March 2011

Minggu Mesyuarat Agung PIBG

Sabtu 26 Mac 2011 ada 2 mesyuarat agung PIBG perlu dihadiri (dua2 pagi) manakala Ahad 27 Mac 2011 ada satu lagi.


Sabtu semalam pergi ke SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih, KLang utk Mesyuarat Agung pertamaku. Ini adalah mesyuarat agung PIBG ke 19 SAMSHSB. Teruja kerana tatkala melangkah masuk sahaja ke dalam pagar sekolah terus disambut oleh para pelajar yang ditugaskan. Dibawa ke tempat pendaftaran. Juga dibawa hingga ke pintu dewan. Sepanjang jalan disambut oleh para pelajar & guru2 yang mengucapkan terima kasih kerana kehadiran dan menunjuk laluan. Aturcara acara berjalan lancar, suara MC petah dengan selingan pantun yang terbaik. Ada juga halwa telinga dengan nasyid dari pelajar lelaki & perempuan. Semasa mesyuarat baru hendak bermula, ada abang dihadapan mata jatuh terduduk kerana kaki kerusi plastik patah. Abang berkenaan terus memegang dada kanan dan tercungap2 bernafas. Beliau diminta batuk kuat2 takut2 serangan jantung tetapi tidak kerana sakit sebelah kanan. Dia dipapah ke bilik/pusat rawatan. Semasa pulang ada 2 ambulan di perkarangan sekolah. Mungkin abang tadi di bawa ke hospital. Kadang kala bila kita dah tua2 ni, jatuh sedikit pun impaknya besar. Jatuh begitu memungkinkan rusuk patah. Mudah2an tiada apa2 serius berlaku & harap Abang berkenaan sejahtera.


Pulang dari Mesyuarat Agung SAMSH, terus ke Sekolah Rendah Agama Klang Jaya. Isteriku membawa Hisyam kerana HIsyam bakal menerima hadiah untuk keputusan PSRA 2010. Mujur sempat untuk membetulkan kain sampin songket. Dimulai dengan para pelajar yang mendapat Mumtaz kemudian Jayyid Jiddan. Alhamdulillah, Hisyam dapat cenderahati berupa Plak dan duit RM25.


Selesai, urusan, terus pulang ke rumah mertuaku yang berhampiran di Taman Desawan, Klang. Selepas Asar, kami sekeluarga bertolak ke Putrajaya untuk meraikan kejayaan anak saudara yang baru lepas dapat keputusan SPM 2010. Ahmad Syahir; anakku dapat 3A, 4B, 4C. Sama seperti abangnya Anwar Sauqie yang kini di UMT, Terengganu. Syahir hajat belajar Diploma Mekanikal di UTM Skudai tetapi ibu ayahnya fikir untuk hantar ke UTEM Melaka sahaja. Rupa2nya dia masuk kerja Pizza Hut lewat, jadi tidak dapat rehat. So, kami sekeluarga yang pergi raikan sama2 dengan Ibu & adik2 dia di Johny's Steamboat di Alamanda. Tapau Nasi goreng untuk bapa mertua & satu untuk Syahir.


Pagi ini, kami sekeluarga ke satu lagi Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SKBT). Ini mesyuarat kali ke 9. Hisyam bersama 32 orang lain menerima hadiah Kamus Dewan (kulit keras) kerana mendapat 5A untuk UPSR 2010. Yang dapat 4A pun dapat Kamus Dewan tetapi bukan berkulit keras. Akhirnya, selepas sesi pemilihan AJK, aku sekali lagi terlantik sebanagi AJK. Alhamdulillah, akan ku cuba laksanan tanggungjawab sebaik mungkin. Aku, NYDP & YDP shj muka lama, yanglain semua muka2 baru. Seperti biasa, siapa yang bersuara lantang, kami akan nominasikan sebagai calon AJK. Jadi 9 nama dicalonkan tetapi hanya perlu 6 sahaja.


Malam ini plan nak pergi makan malam di Kelana Jaya. Makan stik di Las Vacas Meat Shop. First time nak cuba tempat ni.

Sunday, 13 March 2011

Just another Sunday

Went to a wedding reception in Pulau Indah at noon. On the way home, stop by DOMINO's Pizza since we're still hungry. Take home 2 regulars & a large one. Celebrated Hisyam's (my eldest son) birthday a day early by enjoying the pizza with the whole family ...

Tengahari tadi pergi kenduri kahwin di Pulau Indah. Dalam perjalanan balik, singgah di DOMINO's Pizza sebab perut masih lapar. Bawa balik 2 pizza saiz biasa & satu yang besar. Sambut hari lahir Hisyam (anak sulung) sehari awal dengan makan pizza sekeluarga ...