Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, 9 April 2011

Cuti Ganti, Makan

Hari ini hari persekolahan gantian untuk cuti Deepavali nanti. Sekolah akan beri cuti seminggu Deepavali ini, jadi budak2 kena sekolah gantian 3 hari. 9 April, 23 April & 7 Mei. Hassan kata balik pukul 1 rupa2nya balik 12:30 nasib baik gi kul 12:45 kalau idak naya diorang tunggu lama.


Lepas Zohor, keluar makan. Akhirnya merasa makan kat Las Vacas Meat Shop, Kelana Jaya. Tapi menyesal datang sabtu petang sebab kat area tu sibuk nak buka pasar malam, so parking jauh sikit kat tepi2 rumah orang.


Nokia 5800 XM aku okay lagi tapi gatal2 je survey Samsung Galaxy S. 
Hajat hati IP4, tapi mahal sangat. Daripada aku beli mahal2, baik aku bawak famili gi holiday.
Baca review kat GSMArena (http://www.gsmarena.com) Samsung I9000 Galaxy S vs. Apple iPhone 4

Sunday, 27 March 2011

Minggu Mesyuarat Agung PIBG

Sabtu 26 Mac 2011 ada 2 mesyuarat agung PIBG perlu dihadiri (dua2 pagi) manakala Ahad 27 Mac 2011 ada satu lagi.


Sabtu semalam pergi ke SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih, KLang utk Mesyuarat Agung pertamaku. Ini adalah mesyuarat agung PIBG ke 19 SAMSHSB. Teruja kerana tatkala melangkah masuk sahaja ke dalam pagar sekolah terus disambut oleh para pelajar yang ditugaskan. Dibawa ke tempat pendaftaran. Juga dibawa hingga ke pintu dewan. Sepanjang jalan disambut oleh para pelajar & guru2 yang mengucapkan terima kasih kerana kehadiran dan menunjuk laluan. Aturcara acara berjalan lancar, suara MC petah dengan selingan pantun yang terbaik. Ada juga halwa telinga dengan nasyid dari pelajar lelaki & perempuan. Semasa mesyuarat baru hendak bermula, ada abang dihadapan mata jatuh terduduk kerana kaki kerusi plastik patah. Abang berkenaan terus memegang dada kanan dan tercungap2 bernafas. Beliau diminta batuk kuat2 takut2 serangan jantung tetapi tidak kerana sakit sebelah kanan. Dia dipapah ke bilik/pusat rawatan. Semasa pulang ada 2 ambulan di perkarangan sekolah. Mungkin abang tadi di bawa ke hospital. Kadang kala bila kita dah tua2 ni, jatuh sedikit pun impaknya besar. Jatuh begitu memungkinkan rusuk patah. Mudah2an tiada apa2 serius berlaku & harap Abang berkenaan sejahtera.


Pulang dari Mesyuarat Agung SAMSH, terus ke Sekolah Rendah Agama Klang Jaya. Isteriku membawa Hisyam kerana HIsyam bakal menerima hadiah untuk keputusan PSRA 2010. Mujur sempat untuk membetulkan kain sampin songket. Dimulai dengan para pelajar yang mendapat Mumtaz kemudian Jayyid Jiddan. Alhamdulillah, Hisyam dapat cenderahati berupa Plak dan duit RM25.


Selesai, urusan, terus pulang ke rumah mertuaku yang berhampiran di Taman Desawan, Klang. Selepas Asar, kami sekeluarga bertolak ke Putrajaya untuk meraikan kejayaan anak saudara yang baru lepas dapat keputusan SPM 2010. Ahmad Syahir; anakku dapat 3A, 4B, 4C. Sama seperti abangnya Anwar Sauqie yang kini di UMT, Terengganu. Syahir hajat belajar Diploma Mekanikal di UTM Skudai tetapi ibu ayahnya fikir untuk hantar ke UTEM Melaka sahaja. Rupa2nya dia masuk kerja Pizza Hut lewat, jadi tidak dapat rehat. So, kami sekeluarga yang pergi raikan sama2 dengan Ibu & adik2 dia di Johny's Steamboat di Alamanda. Tapau Nasi goreng untuk bapa mertua & satu untuk Syahir.


Pagi ini, kami sekeluarga ke satu lagi Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SKBT). Ini mesyuarat kali ke 9. Hisyam bersama 32 orang lain menerima hadiah Kamus Dewan (kulit keras) kerana mendapat 5A untuk UPSR 2010. Yang dapat 4A pun dapat Kamus Dewan tetapi bukan berkulit keras. Akhirnya, selepas sesi pemilihan AJK, aku sekali lagi terlantik sebanagi AJK. Alhamdulillah, akan ku cuba laksanan tanggungjawab sebaik mungkin. Aku, NYDP & YDP shj muka lama, yanglain semua muka2 baru. Seperti biasa, siapa yang bersuara lantang, kami akan nominasikan sebagai calon AJK. Jadi 9 nama dicalonkan tetapi hanya perlu 6 sahaja.


Malam ini plan nak pergi makan malam di Kelana Jaya. Makan stik di Las Vacas Meat Shop. First time nak cuba tempat ni.

Monday, 14 March 2011

Lazy Monday

Baru balik dari klinik di Shah Alam; bawa isteriku buat check-up. Aku pun tumpang sekaki buat blood test untuk check kolesterol. Sejak balik dari Sabah November last year, kena alergi pulak. Tak boleh makan ayam & makanan laut. Jumaat baru dapat result. Isteriku dapat MC 2 hari untuk rehat. Cemburu betul rasanya. Rasa hari ini berat rasa nak pergi kerja. Nak ambil cuti jugak. Buat kerja dari rumah ala SOHO (Small Office Home Office). Sementara tunggu nak ambil Hassan (nama timangan anak kedua) balik dari sekolah tambahan. 
Hassan, abah harap belajar rajin-rajin agar dapat keputusan bagus macam Hisyam untuk UPSR & PSRA tahun ini.


Hisyam dapat keputusan 5A untuk UPSR 2010 dan PSRA pula dapat Jayyid Jiddan. Tapi Alhamdulillah dapat juga masuk Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin (SAMSH), Sungai Bertih, Klang walaupun buat rayuan untuk Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Kota Raja, Klang.


Nurul pulak baru Tahun 1. Sama seperti Hassan (Muhammad Salahuddin), Nurul Asyiqin bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit TInggi, Klang. Hisyam juga besekolah disini sebelum ini.