Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, 6 November 2011

Idul Adha 2011 yang suram ...

Selamat Hari Raya Qurban pada semua ...

Selesai solat sunat Aidil Adha, ada yang sibuk dengan aktiviti menyembelih di Masjid dan Surau. Ada yang menjalankannya esok memandangkan esok cuti gantian.

Seperti tahun-tahun lepas, kami beraya di Klang. Sepanjang hari, kami tidur sahaja. Kesian isteriku, masih kurang berselera untuk makan.

Hassan ikut Atuknya ke surau membantu penyembelihan lembu. Tahun ini lembu pun kecil dan kurus.

Wednesday, 21 September 2011

Jamuan Raya di Jabatan/Bahagian lamaku ... Nostalgik

Aku dilantik menjadi Pengerusi Majlis (Emcee) untuk majlis Jamuan Hari Raya & Perpisahan IBMS. Dah lebih setahun aku berhijrah keluar dari Bahagian/Jabatan ini tetapi akhirnya dijadikan MC jemputan ... terasa macam Afdlin Sauqie pulak jadi pengacara jemputan (penulis sedang perasan ... layan aje lah)

Penulis posing dengan WebCam sendiri sebelum majlis bermula.
Dalam majlis ini ada kelainan dengan majlis2 sebelum ini kerana ada sekali majlis perpisahan untuk rakan yang berhenti, pengantin baru serta ibu/bapa baru. Tetapi diselit juga 12 cabutan bertuah serta Anugerah Busana Paling Vouge untuk Lelaki & Wanita.

Memandangkan tahun ini baju melayu rayaku hanya setakat baju, jadi ku pakai baju raya 2 tahun lepas, rona Coklat dikenakan dengan samping yang ku beli di Kuching, Sarawak, butang baju pinjam & songkok tinggi yang dibeli last day puasa.

Acara bermula tepat jam 12:15 tgh 19 SEP 2011
Kata-kata aluan daripada penaja juga diselit


Cik Hanidar (resigned), Hj Hassan (perasmi)
& penulis (menghayati ucapan)

Pemenang Anugerah Busana Paling
Vogue Lelaki
; En. Kamal Mustaffa


Antara Main Course; Satay from Satay Station Ampang,
ada juga Nasi Arab Kabsah Ayam dari Restoran Saba', Cyberjaya

Mini Ice Crusher diguna untuk membuat CENDOL
Very Inviting CENDOL





AJK Majlis; Dina, Nisa, Farah, Azrah & Shida

Thursday, 1 September 2011

Salam Idul Fitri, Maaf Zahir Batin

Hari ini dah Raya ke-3... Rasanya masih belum terlambat utk ku ucapkan Selamat Idul Fitri, maaf zahir dan batin pd semua kenalan & sanak saudara ... Tahun ni seperti raya2 sebelum ni, kami balik raya di rumah mak di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.

Ini foto masa Hari Raya pertama, lepas pulang dari Solat Idul Fitri.
Tema tahun ini, MERAH ...

Hisyam, Asyiqin, penulis & Salahuddin a.k.a Hassan ... The Red Family ...

Gaya terpaksa ... Hassan, Asyiqin & Hisyam

Bakal Ustazah ... Nurul Asyiqin
Bakal Doktor Veterinar ... Dr. M. Salahuddin

Bakal Jurutera ... Ir M. Hisyamuddin


Semalam (Hari Raya kedua), pulang beraya ke Mersing di Kg. Air Merah. Try lalu Lebuhraya Senai-Desaru. Tol RM9. Jauh extra, keluar di Penawar masuk tuju ke persimpangan Desaru-Kota Tinggi-Mersing.

Biasalah, Drebar muka serius time memandu ... kontrol macho ...
Mamarazi kami ... My beloved Wife ... Ms. Rohaidah


Saturday, 13 August 2011

Salam Ramadhan ...

Pejam celik dah 13 hari kita berpuasa tahun ni. Baju raya semua dah siap. Mudah2an dipanjangkan umur untuk bertemu Syawal lagi ... puasa dizaman kini tak seperti zaman kanak2 ku dulu. Masa cepat berlalu. Tahun ni dah umur 40 tahun.

Tahun ini ada kisah suka & duka... cabaran juga silih berganti. Moga mendapat berkat dariNYA.

Untuk kali pertama, tahun ini merasa duit lebihan LHDN. Empat ratus lebih... Isteriku dapat enam ratus lebih.

selamat berbuka puasa pada semua...