Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.
Showing posts with label monday. Show all posts
Showing posts with label monday. Show all posts

Monday, 28 March 2011

Another Restday - Monday

Malam tadi, ingatkan nak pergi makan di Las Vacas, Kelana Jaya tapi sebab dah lewat tunggu habis basuh baju. At last, pukul 10 malam baru keluar makan di Nasi Briyani King, Taman Sri Andalas.


Pagi ini, keluar awal seperti biasa, hantar Hisyam ke sekolah. Lepas tu terus ke opis lama di Brickfields. Pergi breakfast dengan bos2 & geng2 lama. Pastu pergi Pejabat Pos Besar, Dayabumi renew insuran & road-tax Kenari. Kena RM505 dengan NCD 55% termasuk road-tax RM20. Alhamdulillah boleh renew; tiada masalah saman ekor tanpa sedar.


On the way balik, singgah Klinik Rohani, Shah Alam utk ambil blood test result. Rupa2nya pihak klinik cuba nak hubungi tapi tiada nombor telefon. Sel darah pecah, so tak dapat test. So, ambil ler darah lagi. Tapi patutnya kena puasa. Hentam ajelah. Doktor pun tak clarify/verify. Tunggu Sabtu ni result siap.


Terus balik, singgah beli pam akuarium (malam tadi rosak pulak) RM60 & beli lunch (Mc D). Pukul 14:30 keluat pergi ke TM Point Port Klang untuk tukar nombor CDMA 011. Pukul 4 baru settle. Terus rush ambil Hisyam & singgah dobi hantar baju/seluar kerja. Fuhh ... cuti pun penat giler ... 

Monday, 14 March 2011

Lazy Monday

Baru balik dari klinik di Shah Alam; bawa isteriku buat check-up. Aku pun tumpang sekaki buat blood test untuk check kolesterol. Sejak balik dari Sabah November last year, kena alergi pulak. Tak boleh makan ayam & makanan laut. Jumaat baru dapat result. Isteriku dapat MC 2 hari untuk rehat. Cemburu betul rasanya. Rasa hari ini berat rasa nak pergi kerja. Nak ambil cuti jugak. Buat kerja dari rumah ala SOHO (Small Office Home Office). Sementara tunggu nak ambil Hassan (nama timangan anak kedua) balik dari sekolah tambahan. 
Hassan, abah harap belajar rajin-rajin agar dapat keputusan bagus macam Hisyam untuk UPSR & PSRA tahun ini.


Hisyam dapat keputusan 5A untuk UPSR 2010 dan PSRA pula dapat Jayyid Jiddan. Tapi Alhamdulillah dapat juga masuk Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin (SAMSH), Sungai Bertih, Klang walaupun buat rayuan untuk Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Kota Raja, Klang.


Nurul pulak baru Tahun 1. Sama seperti Hassan (Muhammad Salahuddin), Nurul Asyiqin bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit TInggi, Klang. Hisyam juga besekolah disini sebelum ini.