Aku dilantik menjadi Pengerusi Majlis (Emcee) untuk majlis Jamuan Hari Raya & Perpisahan IBMS. Dah lebih setahun aku berhijrah keluar dari Bahagian/Jabatan ini tetapi akhirnya dijadikan MC jemputan ... terasa macam Afdlin Sauqie pulak jadi pengacara jemputan (penulis sedang perasan ... layan aje lah)
Dalam majlis ini ada kelainan dengan majlis2 sebelum ini kerana ada sekali majlis perpisahan untuk rakan yang berhenti, pengantin baru serta ibu/bapa baru. Tetapi diselit juga 12 cabutan bertuah serta Anugerah Busana Paling Vouge untuk Lelaki & Wanita.
Memandangkan tahun ini baju melayu rayaku hanya setakat baju, jadi ku pakai baju raya 2 tahun lepas, rona Coklat dikenakan dengan samping yang ku beli di Kuching, Sarawak, butang baju pinjam & songkok tinggi yang dibeli last day puasa.
Penulis posing dengan WebCam sendiri sebelum majlis bermula. |
Memandangkan tahun ini baju melayu rayaku hanya setakat baju, jadi ku pakai baju raya 2 tahun lepas, rona Coklat dikenakan dengan samping yang ku beli di Kuching, Sarawak, butang baju pinjam & songkok tinggi yang dibeli last day puasa.
Acara bermula tepat jam 12:15 tgh 19 SEP 2011 |
Kata-kata aluan daripada penaja juga diselit |
Cik Hanidar (resigned), Hj Hassan (perasmi) & penulis (menghayati ucapan) |
Pemenang Anugerah Busana Paling Vogue Lelaki; En. Kamal Mustaffa |
Antara Main Course; Satay from Satay Station Ampang, ada juga Nasi Arab Kabsah Ayam dari Restoran Saba', Cyberjaya |
Mini Ice Crusher diguna untuk membuat CENDOL |
Very Inviting CENDOL |
AJK Majlis; Dina, Nisa, Farah, Azrah & Shida |