Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Saturday 2 April 2011

Sesi Makan2 N.I.S Rahsia

Jumaat lepas; 01-Apr-2011, akhirnya rakan sepejabat berjaya jalankan majlis makan2 secara senyap2. Kenapa senyap2? Sebab saja tak nak ajak bos2 besar join sekali. Kalau sebelum ini Appreciation Lunch (Jamuan Penghargaan) kat hotel One World tu, kami yang dikerah kederat walaupun majlis tu untuk meraikan kami juga. So, sebab tu kami pakat2 kumpul duit target nak makan kambing panggang sekali buat pot-luck.




Kalau ikut plan asal, patutnya aku pun join tapi sebab ada yang aku kurang setuju, aku terus tak hadir. Alhamdulillah, projek baru yang aku join tu pun ada buat 1st Project Weekly Meeting Jumaat pagi tu jugak, so adalah tempat aku nak release tension.


Walaupun agak terkilan tak dapat jamah Nasi Dagang T'ganu, Kambing Panggang (foto atas tu), kupang rebus Ali Zen, teh tarik Hisham dan lain2 aku hantar jugak mel ucapan tahniah pada semua untuk majlis ini plus tahniah jugak untuk yang bakal dapat durian runtuh sebab bakal dapat extra bonus tak lama lagi.


Untuk yang dapat Average macam aku, Alhamdulillah. Ini rezeki kita. Daripada tak dapat langsung. Yang dapat banyak tu pun rezeki diorang. Mudah2an berkat. Walaupun terkilan staff sendiri tak dapat lebih, tapi apakan daya. Persepsi pihak pengurusan terhadap Unit Latihan memang rendah sampai bila2.