Disclaimer

*Disclaimer:
Here, I share my views based on my observations, experiences, judgement, perceptions and knowledge. Do not quote/use/refer/relate them to my family, community, employer, employee, business nor my country for whatever reason without my written consent.

Sunday 27 March 2011

Minggu Mesyuarat Agung PIBG

Sabtu 26 Mac 2011 ada 2 mesyuarat agung PIBG perlu dihadiri (dua2 pagi) manakala Ahad 27 Mac 2011 ada satu lagi.


Sabtu semalam pergi ke SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih, KLang utk Mesyuarat Agung pertamaku. Ini adalah mesyuarat agung PIBG ke 19 SAMSHSB. Teruja kerana tatkala melangkah masuk sahaja ke dalam pagar sekolah terus disambut oleh para pelajar yang ditugaskan. Dibawa ke tempat pendaftaran. Juga dibawa hingga ke pintu dewan. Sepanjang jalan disambut oleh para pelajar & guru2 yang mengucapkan terima kasih kerana kehadiran dan menunjuk laluan. Aturcara acara berjalan lancar, suara MC petah dengan selingan pantun yang terbaik. Ada juga halwa telinga dengan nasyid dari pelajar lelaki & perempuan. Semasa mesyuarat baru hendak bermula, ada abang dihadapan mata jatuh terduduk kerana kaki kerusi plastik patah. Abang berkenaan terus memegang dada kanan dan tercungap2 bernafas. Beliau diminta batuk kuat2 takut2 serangan jantung tetapi tidak kerana sakit sebelah kanan. Dia dipapah ke bilik/pusat rawatan. Semasa pulang ada 2 ambulan di perkarangan sekolah. Mungkin abang tadi di bawa ke hospital. Kadang kala bila kita dah tua2 ni, jatuh sedikit pun impaknya besar. Jatuh begitu memungkinkan rusuk patah. Mudah2an tiada apa2 serius berlaku & harap Abang berkenaan sejahtera.


Pulang dari Mesyuarat Agung SAMSH, terus ke Sekolah Rendah Agama Klang Jaya. Isteriku membawa Hisyam kerana HIsyam bakal menerima hadiah untuk keputusan PSRA 2010. Mujur sempat untuk membetulkan kain sampin songket. Dimulai dengan para pelajar yang mendapat Mumtaz kemudian Jayyid Jiddan. Alhamdulillah, Hisyam dapat cenderahati berupa Plak dan duit RM25.


Selesai, urusan, terus pulang ke rumah mertuaku yang berhampiran di Taman Desawan, Klang. Selepas Asar, kami sekeluarga bertolak ke Putrajaya untuk meraikan kejayaan anak saudara yang baru lepas dapat keputusan SPM 2010. Ahmad Syahir; anakku dapat 3A, 4B, 4C. Sama seperti abangnya Anwar Sauqie yang kini di UMT, Terengganu. Syahir hajat belajar Diploma Mekanikal di UTM Skudai tetapi ibu ayahnya fikir untuk hantar ke UTEM Melaka sahaja. Rupa2nya dia masuk kerja Pizza Hut lewat, jadi tidak dapat rehat. So, kami sekeluarga yang pergi raikan sama2 dengan Ibu & adik2 dia di Johny's Steamboat di Alamanda. Tapau Nasi goreng untuk bapa mertua & satu untuk Syahir.


Pagi ini, kami sekeluarga ke satu lagi Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SKBT). Ini mesyuarat kali ke 9. Hisyam bersama 32 orang lain menerima hadiah Kamus Dewan (kulit keras) kerana mendapat 5A untuk UPSR 2010. Yang dapat 4A pun dapat Kamus Dewan tetapi bukan berkulit keras. Akhirnya, selepas sesi pemilihan AJK, aku sekali lagi terlantik sebanagi AJK. Alhamdulillah, akan ku cuba laksanan tanggungjawab sebaik mungkin. Aku, NYDP & YDP shj muka lama, yanglain semua muka2 baru. Seperti biasa, siapa yang bersuara lantang, kami akan nominasikan sebagai calon AJK. Jadi 9 nama dicalonkan tetapi hanya perlu 6 sahaja.


Malam ini plan nak pergi makan malam di Kelana Jaya. Makan stik di Las Vacas Meat Shop. First time nak cuba tempat ni.